fbpx

Real pertaruhkan ketajaman Benzema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA masih mempunyai sentuhan berbisa meskipun usianya sudah kategori veteran.

MADRID – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti melaungkan amaran kepada seteru tradisi, Barcelona menjelang pertembungan getir separuh akhir Piala Raja Sepanyol di Camp Nou awal pagi esok.

Keyakinan itu disuarakan selepas menyaksikan skuad bimbingannya berpesta gol membelasah Real Valladolid 6-0 pada aksi La Liga di Santiago Bernabeu kelmarin.

Penyerang prolifik Real, Karim Benzema juga dilihat berada di tahap kemuncak selepas meledak tiga gol dalam tempoh tujuh minit pada aksi tersebut.

“Tanpa ragu-ragu kami sudah bersedia 100 peratus. Fokus kami hanya satu iaitu memenangi perlawanan ini,” kata Ancelotti.

Selain Benzema, pengendali yang kini hangat dikaitkan dengan ‘kerusi’ ketua jurulatih skuad antarabangsa Brazil itu mempertaruhkan ketajaman Marco Asensio, Rodrygo Goes dan Vinicius Junior.

“Penyerang empat serangkai ­ini memenuhi segala aspek yang saya mahukan untuk perlawanan itu nanti. Mobiliti ditunjukkan mereka dalam aksi ini (menentang Valladolid) membuktikan kami sudah bersedia,” jelasnya.

Real tewas ketiga-tiga pertembungan El Clasico dengan Barcelona tahun ini bermula 1-3 pada final Piala Super Sepanyol diikuti 0-1 aksi pertama ­Piala Raja Sepanyol dan 1-2 dalam saingan La Liga.

Justeru, Ancelotti bertekad untuk menamatkan rekod buruk itu awal pagi esok dalam misi melangkah ke pentas final selepas terkandas di peringkat suku akhir di tangan Athletic Bilbao musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI