fbpx

Lelaki hadiahkan home theater berisi bom kepada bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Markam meletakkan bom pada sistem teater rumah yang dihadiahkan kepada bekas kekasihhya. - Foto Twitter

NEW DELHI – Seorang lelaki India ditahan selepas meletakkan bahan letupan di dalam sistem home theater atau hiburan rumah dan menghadiahkannya kepada bekas kekasih dan suaminya pada hari perkahwinan mereka dengan niat untuk membunuh pasangan itu, lapor portal berita International Business Times hari ini.

Polis di negeri Chhattisgarh, India, menyelesaikan kes itu sehari selepas peranti elektronik itu meletup di daerah Kabirdham dan membunuh pengantin lelaki, Hemendra Merawi, 30, dan abangnya, Rajkumar, 32, ketika mereka memasang sistem tersebut. 

Letupan itu turut mencederakan beberapa ahli keluarga yang lain termasuk seorang kanak-kanak.

Sistem teater rumah itu dihadiahkan oleh tertuduh, Sarju Markam, 33, yang sudah berkahwin dari kampung Chhapla di daerah Balaghat, negeri Madhya Pradesh, kata polis.

Menurut pihak berkuasa, Markam sebelum ini menjalinkan hubungan dengan pengantin perempuan berusia 29 tahun itu dan berkeras mahu menjadikannya sebagai isteri kedua. 

Bagaimanapun, keluarganya telah mengatur perkahwinannya dengan Merawi yang tidak tahu tentang sejarah hubungannya dengan Markam.

Lelaki itu kemudian memutuskan untuk membalas dendam dan meletakkan bahan letupan pada sistem teater rumah sebelum menghadiahkannya kepada pasangan pengantin baharu tersebut, kata polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI