fbpx
Mohamad Donny maut dalam kemalangan di KM8.9, Jambatan Sultan Abdul Hakim Mu'adzam Shah menghala ke Batu Kawan, malam tadi. Foto IQBAL HAMDAN/KOSMO!

Remaja maut sebelum sempat beli pakaian raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Hasrat seorang remaja membeli pakaian raya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 8.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menghala ke Batu Kawan, di sini, malam tadi.

Mangsa, Mohamad Donny Aliff Rasdi, 18, dari Kampung Makam, Dato Keramat di George Town dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala kira-kira pukul 10.30 malam.

Kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi dari arah belakang.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang merupakan anak tunggal dikatakan dalam perjalanan ke Uptown Perda di Bukit Mertajam dengan beberapa rakannya yang menunggang motosikal secara berasingan.

Ibu mangsa yang hadir ke lokasi kejadian tidak dapat menahan kesedihan sehingga terpaksa dipapah ahli keluarganya dan mayat Mohamad Donny kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat, pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN