fbpx

Merusuh depan kelab malam, kertas siasatan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan kejadian rusuhan sekumpulan individu di hadapan sebuah kelab malam, Jalan Metropudu, Kuala Lumpur, yang tular baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat menjalankan siasatan berkaitan kejadian sekumpulan individu merusuh di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu, di sini, yang tular baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan Saralathan Duraisamy berkata, pihaknya mengesan satu video tular di Twitter memaparkan kejadian sekumpulan individu merusuh.

Jelasnya, video yang berdurasi selama 1 minit 36 saat itu berlaku di hadapan sebuah kelab malam.

“Hasil semakan pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju, masih tiada laporan polis yang diterima dari mana- mana pihak mengenai kejadian itu.

“Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan dan risikan untuk mendapatkan maklumat dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Saralathan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video tersebut kerana ia boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI