fbpx

Trafik masih lancar, pengguna tunggu tengah malam tol percuma balik raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik bergerak lancar di Lebuh Raya Utara - Selatan melibatkan kedua-dua arah petang ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama pada sebelah petang ini masih lagi lancar tanpa sebarang kesesakan berlaku.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik lancar di kebanyakan kawasan antaranya Lebuh Raya Utara – Selatan melibatkan kedua-dua arah, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak serta Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan 2.

Tinjauan Kosmo! di platform media sosial mendapati, ramai pengguna bercadang untuk bertolak pulang ke kampung masing-masing bermula pukul 12.01 tengah malam ini susulan pemberian tol secara percuma oleh kerajaan.

“Alang-alang tengah malam ini tol percuma, lepas tarawih nanti gerak balik Pulau Pinang dari Seremban. Moga selamat perjalanan buat yang memandu,” kata Azmir.

“Tengok Facebook ramai yang kata lebuh raya tak sesak dari pagi tadi. Sebab geng Pantai Timur ramai dah balik awal. Tapi geng utara rasanya tengah malam ini baru gerak boleh dapat tol percuma,” kata Mohd. Syakir.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma di kesemua lebuh raya kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang,Johor.

Kementerian Kerja Raya menerusi kenyataan memaklumkan, pelaksanaan pengecualian bayaran tol kepada kenderaan kelas 1 itu selama dua hari bermula jam 12.01 tengah malam ini dan akan berakhir jam 11.59 malam esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI