fbpx

23 ditahan merusuh, pukul pelajar 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOPI keledar dan kayu yang dirampas polis dalam penahanan 23 individu dipercayai merusuh di Pantai Puteri, Melaka, Jumaat lalu.

MELAKA – Seramai 23 individu termasuk 19 pelajar sekolah ditahan selepas terlibat dalam rusuhan secara beramai-ramai yang dipercayai berpunca daripada isu ejek-mengejek di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini.

Seorang pelajar berusia 15 tahun turut dilaporkan mengalami kecederaan lebam di seluruh anggota badan serta muka dan sedang dirawat di Hospital Melaka.

Kesemua individu berusia antara 20 hingga 15 tahun berkenaan ditahan polis dalam tangkapan berasingan bagi membantu siasatan kejadian pada Jumaat lalu itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan berhubung kejadian telah dibuat oleh nenek kepada remaja yang cedera susulan pengadu bimbang dengan keselamatan cucunya itu.

“Pengadu berusia 65 tahun membuat laporan pada Ahad lalu selepas mendapati cucu lelakinya telah dipukul oleh sekumpulan remaja sekolah dan salah seorang daripadanya berumur 16 tahun dikenali mangsa.

“Susulan laporan itu, kelmarin kita telah menahan 23 individu termasuk 19 pelajar sekolah yang disyaki terlibat dalam pergaduhan itu membabitkan dua kumpulan berasingan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, pihaknya turut merampas tiga buah topi keledar dan sebatang kayu yang disyaki digunakan dalam rusuhan tersebut.

“Hasil soal siasat, pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati berkenaan isu ejek-mengejek sesama mereka.

“Memandangkan kebanyakan ditahan adalah pelajar sekolah, kita hanya merakam percakapan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” ujarnya.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI