fbpx

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke majlis makan malam amal KBGK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dayang Nurfaizah (kiri) dan Hael Husaini membuat persembahan nyanyian pada Majlis Makan Malam Amal Kelab Bakti Gunung Keledang bersama Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini di Hotel Casuarina@Meru di Ipoh hari ini. - .Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis makan malam amal anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) yang diadakan untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti kebajikan kelab.

Baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Dana itu untuk melaksanakan program dan aktiviti yang telah dirancang oleh kelab sepanjang tahun 2024 serta 2025 dan bagi menjayakan pengumpulan dana, majlis itu turut menampilkan dua artis terkenal, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini.

Malah, program itu dinamakan sebagai Majlis Makan Malam Amal Bersama Dayang Dayang dan Hael Husaini melibatkan tiga kategori jualan meja disediakan iaitu RM10,000, RM5,000 dan RM3,000 dengan 67 meja disediakan membabitkan kehadiran sekitar 700 orang.. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI