fbpx

Amanah sasar tawan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin ( lima dari kiri) membuat tanda love di hadapan pintu masak bazar Ramadan Rahmah di Puncak Alam. FOTO: SADDAM YUSOFF

KUALA SELANGOR – Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan menawan Kelantan menerusi kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, peluang untuk menawan negeri yang merupakan kubu kuat Pas itu tetap ada kerana politik bersifat dinamik.

“Mestilah (sasar tawan Kelantan) atas nama Pakatan Harapan dan BN. Apa yang penting meletakkan calon dan bertanding kawasan-kawasan menjadi pilihan kita.

“Politik itu tiada yang beku sebaliknya dinamik dan kita boleh meneruskan perjuangan dengan strategi telah ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar hari ini selepas sesi walkabout Bazar Ramadan Rahmah di Puncak Alam.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Salahuddin menjelaskan Amanah tidak mempunyai masalah bertembung dengan Pas dalam kerusi yang dipertandingkan nanti bukan sahaja di Kelantan malah negeri lain dalam PRN.

Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi antara komponen PH, beliau menegaskan bahawa ia hampir selesai dan sedang menunggu kata sepakat antara PH dan BN.

“Saya rasa tiada masalah dan rundingan ( bersama BN) masih diteruskan berhubungnya,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI