fbpx

3 beranak cemas, kereta terbabas dalam kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga beranak keluar dari kereta selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam kolam takungan banjir berhampiran bulatan Mergastua, Jalan 3/40 Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR – Tiga beranak berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki terbabas lalu terjunam ke dalam kolam takungan banjir berhampiran bulatan Mergastua, Jalan 3/40 Taman Pusat Kepong, di sini, tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.40 tengah hari.

Kata kenyataan itu, seramai enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang terbabas dan menjunam ke dalam kolam takungan banjir.

“Terdapat tiga mangsa warga asing, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menaiki kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, lelaki dan wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kanak-kanak itu hanya mengalami luka kecil.

“Ketiga-tiga mangsa berjaya dibawa naik ke atas tebing kolam kira-kira pukul 1 petang sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI