fbpx

[VIDEO] Provokasi punca gaduh penyokong Penang FC, Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkapan layar video kejadian pergaduhan membabitkan penyokong Penang FC dan Perak FC di luar pekarangan Stadium Bandaraya, George Town tengah malam kelmarin.

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan penyokong Penang FC dan Perak FC malam kelmarin berpunca daripada provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan terbabit.

Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya berjaya mengawal keadaan di lokasi kejadian dan telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu untuk siasatan.

Menurutnya, hasil semakan mendapati kejadian berlaku selepas perlawanan bola sepak dan di luar pekarangan Stadium Bandaraya kira-kira pukul 12.30 malam.

“Kesemua tangkapan berumur antara 20 hingga 23 tahun dan salah seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Hasil ujian saringan awal polis mendapati kesemua tangkapan bebas daripada sebarang pengambilan dadah dan kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah soal siasat selesai,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Beritahu beliau, pihak polis juga sedang giat mengesan lain-lain individu yang terlibat dalam kejadian tersebut dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, kejadian pergaduhan itu tular di beberapa media sosial termasuk WhatsApp, TikTok dan Facebook selepas beberapa jam insiden tercetus.

Semalam, Kosmo! Online menyiarkan video tular kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan penyokong Perak FC dan ‘casual’ Penang selepas berakhir perlawanan keenam Liga Super.

Bagaimanapun, sehingga petang itu, masih belum diketahui jumlah sebenar individu terlibat termasuk motif sebenar kejadian berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI