fbpx

EPL: Liverpool idam menang tiga aksi getir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERTSON mengakui bahawa keputusan pada tiga perlawanan sukar nanti akan menentukan nasib Liverpool musim ini. – AFP

LIVERPOOL – Bintang pertahanan Liverpool, Andrew Ro­bertson mencabar rakan sepasukannya agar mengutip sembilan mata daripada tiga perlawanan sukar Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal dihadapi selepas ini.

Robertson, 29, merasakan ia mampu direalisasikan bermula aksi bertemu Manchester City di Etihad malam ini diikuti Chelsea di Stamford Bridge (5 April) dan Arsenal di Anfield (9 April).

Justeru, kapten Scotland itu berharap mereka tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang boleh menjejaskan kemenangan jika mahu kembali berada dalam kelompok empat teratas musim ini.

“Motivasi kami cukup tinggi kerana mahu kembali bermain di pentas Liga Juara-Juara dan memenangi trofi semula. Tiga perlawanan selepas ini adalah cabarannya.

“Sudah tentu kami tidak mahu berada di posisi ini, tetapi apa yang boleh kami lakukan? Kami tak boleh lakukan kesilapan untuk mencapai sasaran pasukan ketika ini,” katanya.

Dalam masa sama, Robertson menganggap kekalahan Liverpool dalam semua kejohanan musim ini membuka peluang buat mereka memberikan fokus penuh untuk memulihkan kedudukan dalam saingan EPL.

“Kami terkeluar daripada semua kejohanan. Hanya menamatkan saingan di kelompok empat teratas boleh mengubah situasi ini. Sekarang kami ada 12 perlawanan sahaja untuk me­lakukannya,” jelas Robertson.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu berada di tangga keenam EPL dan tujuh mata di belakang pasukan tempat keempat, Tottenham Hotspur yang menghuni slot kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI