fbpx

Penganjur tidak berdaftar, jangan kotak-katikkan UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana keadaan di depan pintu masuk UiTM Shah Alam malam tadi.

SHAH ALAM – Program dialog Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama pelajar Universti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak dapat diadakan malam tadi ekoran organisasi penganjur adalah tidak berdaftar bawah persatuan universiti dan di luar kampus.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam dalam kenyataannya memaklumkan program pihak penganjur turut tidak mendapat sebarang kelulusan daripada pihak universiti.

“MPP UiTM juga kekal dengan pendirian yang teguh iaitu hanya program yang diluluskan oleh pihak universiti sahaja akan dibenarkan untuk dilaksanakan dalam kawasan universiti.

“Ini bagi memastikan segala kegiatan yang diadakan adalah selaras dengan nilai dan budaya universiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! terdahulu melaporkan dialog antara Syed Saddiq bersama pelajar UiTM yang dijadualkan berlangsung malam tadi gagal selepas dihalang memasuki UiTM.

Difahamkan program itu berkaitan dialog berhubung Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan isu pembayaran elaun kepada mahasiswa yang menjalani praktikal.

Justeru, MPP itu menegaskan jangan pernah sesekali mencuba untuk memperkotak-katikkan UiTM kerana kesannya menanti.

Tambahnya, pihaknya turut berharap agar semua pihak dapat menghormati dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi kelancaran program.

“Syarat utama untuk mengadakan program adalah organisasi yang terlibat mestilah berdaftar di bawah universiti bagi menjaga martabat institusi ini.

“Hal ini kerana segala kegiatan yang diadakan dalam kawasan universiti adalah tanggungan pihak pengurusan UiTM,” katanya.

Mengulas lanjut, MPP UiTM Shah Alam menjelaskan pihaknya pada masa sama amat menyambut baik dengan hasrat dan inisiatif mana-mana pihak untuk mengadakan diskusi berkenaan dasar-dasar pemerkasaan mahasiswa. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI