fbpx

KPDN Pahang sita 3,128 minyak masak satu kilogram disorok pemborong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINYAK masak paket yang disorok di sebuah premis perniagaan disita dalam satu serbuan di Kuantan semalam.

KUANTAN – Kesukaran pengguna mendapatkan bekalan minyak paket satu kilogram di sebuah premis pemborong makanan di sini membawa kepada penemuan sebanyak 3,128 kilogram minyak masak bersubsidi yang dipercayai disembunyikan di premis berkenaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang, Jezlily Jamaluddin berkata, susulan itu unit penguatkuasaan KPDN Pahang telah menyita semua minyak masak paket berkenaan dalam satu serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Pasukan penguatkuasa telah membuat penyamaran untuk membeli minyak masak paket satu kilogram sebanyak dua kali bagaimanapun pekerja premis tersebut memaklumkan tidak menjual minyak masak paket satu kilogram disebabkan kehabisan stok.

“Pemeriksaan lanjut telah dibuat di dalam premis berkenaan telah sebanyak 184 kotak minyak masak paket satu kilogram bersubsidi bersamaan 3,128 kilogram di dalam stor simpanan di belakang premis,”katanya di sini hari ini

Menurutnya minyak masak bernilai RM7,820 itu disita dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 16A (1) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana enggan menjual barang kawalan iaitu minyak masak paket satu kilogram bersubsidi.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak KPDN memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan.

“Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI