fbpx

Dua laluan di Gua Musang ditutup sebulan, trafik sesak menjelang raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan di FT2747 KM3.9 (Simpang Hospital) sehingga KM2.4 (Jambatan Taman Damar) masih dibuka untuk pengguna jalan raya hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Laluan utama di bandar Gua Musang di sini dijangka sesak menjelang Hari Raya Aidilfitri ini apabila dua jalan ditutup selama sebulan bermula semalam untuk kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang dalam satu kenyataan berkata, laluan di FT2747 Kilometer (KM) 3.9 (Simpang Hospital) sehingga KM2.4 (Jambatan Taman Damar) dan FT2745 KM0.8 (Bawah Flyover Taman Damar) akan ditutup kepada semua lalu lintas di kedua-dua arah.

Katanya, penutupan itu bermula semalam hingga 29 April dari pukul 8 pagi hingga 7 petang.

“Sehubungan itu, papan tanda pemberitahuan akan dipasang di tapak untuk panduan pengguna jalan raya dan pengawal bendera juga akan sentiasa berada di tapak untuk mengawal trafik.

“Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif FT008 melalui hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, FT 2744 (hadapan Hospital Gua Musang) dan FT2746 (Jalan Pulai),” katanya.

Pelan laluan yang ditutup selama sebulan untuk kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi pembinaan LTU Pakej 3B dan 3C di Gua Musang.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati, ketiga-tiga laluan itu masih dibuka untuk pengguna jalan raya sejak semalam sehingga hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, penutupan jalan selama sebulan akan menyukarkan pergerakan masyarakat setempat terutamanya di akhir Ramadan untuk keluar mendapatkan keperluan Hari Raya Aidilfitri.

“Kita berharap agar penutupan jalan itu dapat ditangguhkan buat sementara waktu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI