fbpx

Wanita temui mutiara dalam tiram semasa makan malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu menemui sebutir mutiara semasa makan malam di Dallas, Texas. - Jam Press Vid/@keniamac

WASHINGTON – Seorang wanita di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) ternyata memiliki tuah apabila menemui sebutir mutiara di dalam tiram semasa menikmati makan malam romantik, lapor akhbar New York Post semalam.

“Kami sedang makan tiram dan menemui sebutir mutiara,” kata Kenia Mac kepada laman berita Jam Press mengenai penemuan itu.

Mac bersama kekasihnya, Juan Manuel ketika kejadian sedang menikmati makan malam di sebuah restoran makanan laut di Dallas.

Dia pada awalnya menemui sebuah objek berkilat dalam hidangan tiram yang dipesan. Setelah memeriksa, ia ternyata adalah sebutir mutiara.

“Ia kecil tetapi ia adalah mutiara,” katanya.

Mac masih belum menghantar mutiara itu untuk dinilai keasliannya, namun ia berpotensi mencecah sehingga beribu-ribu ringgit, demikian menurut laman Pearl Source. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI