fbpx

Pelatih polis disangka Ella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar persembahan daripada pelatih Konst (L/W) Siri 11/2022 Sempena Hari Polis ke-216 Peringkat Pulapol Air Hitam.

PETALING JAYA – Suara serak-serak basah yang dimiliki seorang pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) yang mirip dengan suara ratu rock tanah air, Ella berjaya menarik perhatian ramai.

Video berdurasi 2 minit yang tular di akaun Tiktok milik Dgnurazira itu memaparkan seorang pelatih PLAK menyampaikan sebuah lagu Ella bertajuk ‘Dua Insan Bercinta’ dan ‘Kopi Dangdut’ sempena Hari Polis ke-216 peringkat Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam.

Rata-rata orang ramai memuji kelunakan suara pelatih PLAK tersebut sehingga menerima lebih 600 komen di akaun TikTok tersebut.

Tidak kurang juga, ada orang ramai berseloroh mahu menjemput kumpulan ‘band’ tersebut untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan mereka suatu hari nanti.

“Sedapnya adik suara awak. Orang asyik tiru suara Siti Nurhaliza tapi suara mcm Ella sangat ‘rare’,” kata HiddenNur.

“Ella kuasa dua,” kata Bibu.

“Kalau kahwin nak panggil ‘band’ ni boleh ke bagi rancak,” kata Norsyuhaidah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI