fbpx

Padah guna lorong kecemasan, pemandu Viva disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah kereta Perodua Viva ditahan anggota trafik kerana menggunakan lorong kecemasan.

PETALING JAYA – Lagak seorang pemandu kereta Perodua Viva yang melalui lorong kecemasan akhirnya menerima padah apabila individu terbabit disaman anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas di kawasan berkenaan.

Menerusi video ‘dashcam’ yang dikongsikan seorang pengguna akaun TikTok milik Joy Zul memaparkan sebuah Perodua Viva terbabit memecut laju melalui lorong kecemasan.

Kejadian itu dipercayai kerana pemandu terbabit cuba melepasi kesesakan jalan raya ketika itu.

Malangnya, ‘kesenangan’ yang dikecapinya tidak bertahan lama apabila dia ditahan anggota polis trafik yang bertugas.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik Joy Zul, dia berpuas hati dengan tindakan tiga anggota polis trafik yang menahan kereta tersebut.

“Itu makanan dia,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen dilihat berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan ke atas pemandu Perodua Viva terbabit.

“Hidup nak senangkan, dapat surat cinta,” kata Aisah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI