fbpx

Orang ramai kagum kuarters polis jadi hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di TikTok menunjukkan sebuah kuarters polis diubah menjadi hotel.

PETALING JAYA – Orang ramai menzahirkan keterujaan selepas mendapati sebuah kuarters polis di Sungai Petani, Kedah, dijadikan hotel penginapan yang cantik.

Alia.Izaaty menerusi perkongsian videonya di TikTok itu pada awalnya ‘memandang rendah’ dengan keadaan hotel yang ditempah biliknya itu.

“Tengok dari luar dah nampak biliknya mesti biasa. Memang serupa macam kuarters polis, ingatkan dia ubah la macam hotel kan?

“Tak sangka luar saja macam tu tapi dalamnya mewah. Bilik kami bilik vip, keseluruhannya sangat puas hati. Menyesal underestimate (pandang rendah),” katanya.

Orang ramai turut menyokong usaha untuk mempelbagaikan fungsi fasiliti kerajaan terbiar supaya ia dimanfaatkan seperti itu.

“Idea yang bagus. Moga lebih banyak lagi kuarters kerajaan yang terbiar dapat dibangunkan semula,” komen Eyna SA.

“Terbaik, saya pun dah lama fikir buat rumah sewa untuk orang bujang atau pelajar pun ‘okey’. Contoh dekat kuarters Jalan Ipoh tu,” cadang Lindas pula.

“Bagus juga ni megelakkan pembaziran. Banyak lagi kuarters guru, polis dan askar yang terbiar. Bagi B40 yang sangat perlukan rumah tinggal, lagi bagus. Duit sewa kerajaan dapat,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI