fbpx

Lelaki paling kerap kahwin di Britain mahu tinggal di rumah orang tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheppard mengaku mengalami tekanan mental dan fizikal daripada semua perceraiannya. – Daily Mirror

LONDON – Seorang duda yang digelar ‘lelaki paling kerap berkahwin di Britain’ mendedahkan bahawa zaman ‘romeo’ yang dilaluinya telah berakhir dan dia  akan berpindah ke rumah penjagaan warga tua.

Menurut akhbar Daily Star, Ron Sheppard, 75, mendakwa bahawa kesihatannya merosot disebabkan oleh bekas-bekas isterinya.

Dia meninggalkan pangsapurinya di Somerset, England untuk menjalani hidup baharu di rumah penjagaan orang tua yang terletak berdekatan dengan rumah keluarganya di Isle of Wight.

Sheppard yang menghidap pelbagai penyakit termasuk Parkinson’s berkata, kesihatannya kini merosot.

“Mungkin semua bekas isteri yang menyebabkan keadaan kesihatan saya menjadi seperti ini. Tekanan mental dan fizikal akibat perceraian membuatkan  kesihatan saya merosot.

“Namun, saya tidak menyesali mana-mana perkahwinan kerana saya mempunyai lapan orang anak,” kata Sheppard.

Sheppard mengahwini isteri pertamanya, Margaret pada tahun 1966. Pasangan itu memiliki tiga cahaya mata sebelum bercerai.

Perkahwinan terakhir lelaki itu adalah bersama  wanita bernama Weng pada 2004.

Perkahwinan Sheppard yang paling lama bertahan adalah 13 tahun dan paling singkat hanya 10 bulan.

Lelaki itu percaya bahawa dia dahulunya  obses mencari  pasangan hidup yang tepat disebabkan trauma yang dialami ketika zaman kanak-kanak. Ini  kerana  dia pernah menjadi mangsa keganasan seksual.

“Ia meninggalkan pelbagai masalah kepada saya. Saya  mahukan seseorang untuk menemani saya dan  mencari ramai wanita (untuk dijadikan teman). Saya berasa selamat apabila ditemani ramai wanita,” ujarnya.

Sheppard berkata, hidupnya kini berubah dengan ketara di mana dia duduk terkurung di dalam unit apartmennya dan kadang kala,  keluar membeli-belah bersama penjaganya.

“Saya banyak menghabiskan masa berada dalam kesakitan. Saya tidak boleh melakukan apa-apa kerana badan saya terketar-ketar,” katanya. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI