fbpx

Kim So-eun, Song Jae-rim bercinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM So-eun dan Song Jae-rim.

KHABAR angin percintaan pelakon Kim So-eun dan Song Jae-rim kini sedang hangat diperkatakan.

Semua desas-desus tersebut tercetus apabila kedua-dua pelakon itu dilihat sama-sama berkunjung ke Taman Tema Sanrio Puroland di Tokyo.

Bukan sahaja berkongsi gambar dalam Instagram, malah ada peminat tempatan Jepun ternampak mereka sehingga menyebabkan tersebarnya khabar angin bercinta.

Sehingga kini, pihak agensi So-eun tampil menafikan perkara tersebut.

Menurut agensi, aktres itu bercuti di Jepun bersama petugas syarikat selepas menamatkan penggambaran filem Three Bold Siblings.

Tambah mereka lagi, kedua-dua mereka mempunyai penata rias yang sama dan kebetulan berjumpa di Tokyo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI