fbpx

Dewan Rakyat: Bukan semua rakyat Malaysia faham bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Mohamad ketika bercakap pada sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh menegaskan Rang Undang-Undang (RUU) yang dibawa dalam Bahasa Inggeris sepatutnya boleh ditarik balik dan dibentangkan semula.

Ia merujuk kepada RUU Kanun Tatacara Jenayah dan Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, perkara itu bukanlah suatu permasalahan yang besar dan tujuannya membantah bukan kerana ingin menimbulkan provokasi, sebaliknya mahu mengelakkan daripada berlaku kekeliruan.

“Saya cuba terangkan berkenaan peruntukan undang-undang yang disediakan dalam dua versi. Satu versi bahasa Malaysia dan satu versi Bahasa Inggeris yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

“Untuk bacaan kali kedua, persoalannya ialah dalam versi bahasa Malaysia, adanya versi Inggeris. Jadi ada sedikit kekeliruan. Lagipun, bukan semua rakyat Malaysia faham bahasa Inggeris,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen, di sini hari ini.

Terdahulu, Che Mohamad dari Perikatan Nasional (PN) diarah keluar Dewan Rakyat selama tiga hari bermula hari ini selepas ingkar kepada amaran Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd. Nor.

Dalam pada itu, tegas beliau, dalam versi bahasa Malaysia disebut Rang Undang-Undang bermakna, apa-apa yang terjatuh di bawah perkara tersebut adalah sepatutnya dalam bahasa Malaysia.

“Alhamdulillah saya digantung hari ini dan saya rasa ada hikmah di sebaliknya.

“Saya boleh memberitahu, sebagai pembuat undang-undang, kami membantah, ia dibentangkan dalam bahasa Inggeris kerana undang-undang adalah untuk digunakan semua rakyat Malaysia .

“Jadi itu yang masalah besar kita hadapi sekarang. Kerajaan sedia ada saya tidak tahu apa agendanya kenapa tidak boleh ditarik balik dan dibentangkan semula dan dibahaskan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI