fbpx

Penganggur mengaku kelar ibu, adik kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH mengaku salah atas pertuduhan mengelar ibu dan adik kandungnya menggunakan pisau pemotong daging.

MELAKA – Seorang penganggur berdepan hukuman penjara 80 tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengelar ibu dan adik kandungnya sehingga parah, awal bulan ini.

Hakim, Mohd. Sabri Ismail bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, bagi menunggu laporan pemeriksaan kesihatan mental.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada ibu dan adiknya, Sapiah Abdul Kadar, 49, serta Noor Iman Dania Abu Samad, 11, dengan menggunakan pisau pemotong daging yang merupakan suatu alat untuk menetak.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam di sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Mac 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 40 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim bagaimanapun memberitahu, pihaknya dimaklumkan terdapat beberapa isu berkaitan keadaan mental tertuduh.

Justeru, pihaknya memohon agar tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor untuk pemeriksaan psikiatrik mengikut Seksyen 342(3) Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 19 April depan sebagai sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI