fbpx

Fadillah terima kunjungan Setiausaha Kewangan Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika menerima kunjungan Paul Chan Mo-Po di bangunan Parlimen hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menerima kunjungan Setiausaha Kewangan Hong Kong, Paul Chan Mo-Po di bangunan Parlimen hari ini.

Melalui hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini memaklumkan, ia adalah perjumpaan tertinggi pertama antara Malaysia dan Hong Kong dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, seiring dengan peralihan pusat ekonomi ke rantau Asia, Hong Kong merupakan antara rakan dagang terpenting bagi Malaysia dan menjadi destinasi eksport Malaysia yang ke-5 terbesar.

“Nilai dagangan di antara Malaysia dengan Hong Kong juga telah mencatatkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun 2022, iaitu daripada USD21.68 billion (USD1= RM4.40) pada 2021 kepada USD25.69 billion pada 2022.

“Dalam pertemuan itu saya telah menyentuh mengenai peri pentingnya memperkukuhkan hubungan dua hala dan membuka peluang baharu dalam sektor lain yang berpontensi tinggi seperti perkhidmatan, agrikomoditi, pelancongan dan kebudayaan, pendidikan, perkhidmatan dan ekonomi digital,” katanya di sini hari ini.

Fadillah berkata, beliau turut dijemput Paul Chan Mo-Po bagi mengadakan lawatan rasmi ke Hong Kong dan melawat hub ekonomi terbaru the Greater Bay Area (GBA) yang menghubungkan wilayah Guangzhou-Hong Kong-Macao.

“GBA merupakan sebuah kawasan yang mempunyai potensi besar pelaburan khususnya dalam sektor teknologi tinggi,” ujarnya.

Pertemuan kira-kira 30 minit itu, turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Abdul Hadi Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Belvinder Kaur Sron. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI