fbpx

EPL: Tugasan Antonio Conte di Spurs berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE dilepaskan daripada tugasnya sebagai pengurus ekoran kritikan keras yang dilemparkan kepada pihak pengurusan dan pemainnya sendiri. – AFP

LONDON – Antonio Conte akhir­nya dilepaskan daripada tugas­nya sebagai pengurus Tottenham Hotspur selepas 16 bulan membimbing pasukan berkenaan.

Pengendali berusia 53 tahun itu dilantik menjadi pengurus pasukan berkenaan pada November 2021 selepas pemecatan Nuno Espirito Santo, namun kritikan yang dilemparkan terhadap pengurusan dan pemain menyaksikan tugasnya bersama kelab itu menemui noktah.

Conte sebelum ini dilaporkan berang ketika Spurs sekadar mencatat keputusan seri 3-3 ketika menentang Southampton menyebabkan beliau menuduh bahawa pemain dan kelab itu tidak memiliki keinginan untuk berjaya.

Ekoran kritikan keras tersebut dalam sidang media selepas perlawanan, beberapa pemain telah mengadakan komplot untuk mendesak pihak pengurusan kelab memecat Conte dalam tempoh cuti rehat antarabangsa dan rancangan tersebut dilihat berkesan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab menyebut bahawa, kedua-dua pihak telah me­nemui kata sepakat untuk berpisah dan mereka mengucapkan terima kasih atas jasa yang telah dicurahkan oleh Conte sepanjang mengemudi Spurs.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy memberikan komen mengenai situasi berkenaan dan menyeru para pemain terus memberikan fokus pada baki perlawanan.

“Kami masih mempunyai 10 baki Liga Perdana Inggeris dan perlu berjuang untuk mendapatkan slot Liga Juara-Juara. Kami harus terus kekalkan kesepakatan dan kerjasama.

“Semua pihak harus memastikan kami mampu mengakhiri musim ini di kedudukan paling tinggi untuk kelab ini dan sudah pastinya untuk para penyokong,” katanya.

Sepanjang ketiadaan Conte, Cristian Stellini akan bertindak sebagai pengurus sementara sehingga kempen musim ini ber­akhir, sementara bekas pemain tengah pasukan itu, Ryan Mason akan bertindak sebagai pembantu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI