fbpx

Dewan Rakyat: Kaji tubuh badan bebas siasat pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara telah diarahkan untuk mengkaji penubuhan satu badan bebas sebagai mekanisme untuk menyiasat dakwaan dan tuduhan terhadap agensi penguatkuasaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah disifatkan baik itu membolehkan siasatan dijalankan oleh badan bebas terhadap sebarang tuduhan dan dakwaan ke atas agensi tersebut.

“Sekarang saya telah minta Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula cadangan awal supaya ada mekanisme untuk semua badan penguatkuasaan.

“Kalau ada pertuduhan khas untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), maka ada badan bebas (menyiasat), dalam bentuk suruhanjaya itu saya belum pasti,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab Gobind Singh Deo (PH-Damansara) berhubung sama ada satu badan bebas akan diwujudkan bagi menyiasat pegawai tertinggi seperti SPRM.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penubuhan badan bebas dilihat langkah baik sekali gus mengelakkan ketidakpuasan hati seperti pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebelum ini.

“Apabila ada dakwaan atau tuduhan, maka badan dalaman ditubuhkan untuk siasatan. Jadi ini dipertikai dan sebab itu untuk polis dicadangkan IPCMC, ia dipersoalkan kerana dituju khusus untuk mereka.

“Pandangan saya ini cadangan baik di mana badan bebas yang boleh mengambil tindakan siasatan terhadap semua aduan ke atas badan penguatkuasaan termasuk polis, SPRM, kastam, imigresen dan lain-lain,” jelas beliau.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung kesediaan kerajaan melaksanakan syor daripada Transperancy International Malaysia (TI-M) supaya SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen, Anwar berkata, undang-undang sedia ada ketika ini menjamin kebebasan suruhanjaya itu.

Malah sewaktu mengambil alih pimpinan kerajaan selepas pilihan raya lalu, beliau tidak menukar Ketua Pesuruhjaya (KP) SPRM.

“Mengikut peraturan dan perundangan sekarang, SPRM badan bebas dan sebab itu bila saya ambil alih, saya tak pilih untuk tukar KP SPRM yang dilantik Pagoh (bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk tidak menimbulkan persepsi seorang Perdana Menteri baharu akan lantik KP baharu, sebab itu saya kekalkan.

“Peruntukan undang-undang sekarang menjamin kebebasan SPRM dan tidak tertakluk arahan Perdana Menteri,” kata Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI