fbpx

[VIDEO] Penunggang kena saman lepas kemalangan angkara ‘wheelie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penunggang melakukan aksi 'wheelie' sebelum disaman pihak polis.

PETALING JAYA – Sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘wheelie’ sehingga jatuh terbalik di atas jalan raya sebelum disaman oleh pihak polis.

Video berdurasi 29 saat dan beberapa keping gambar dikongsikan oleh seorang pengguna di kumpulan Facebook semalam telah mendapat 1,300 reaksi, 468 komen dan 57 kongsian.

“Sakit dapat, saman pun dapat. Best adik!,” tulis Khairen Anuar.

Menurut perkongsian lelaki berkenaan, motosikal penunggang itu dilihat mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan dan belakang.

Sehubungan, perkongsian itu jelas mengundang kebimbangan segelintir pihak yang menonton aksi berbahaya yang dilakukan oleh penunggang terbabit.

“Tak ingat orang tersayang, jangan nak ingat seronok sahaja. Kalau terus ‘pergi’ tidak mengapa.”komen Has Midar.

“Jangan di atas jalan raya nanti menyusahkan orang lain bila berlaku kemalangan,” pesan Ha Sani.

“Pernah terfikir tak apa perasaan ibu bapa kalau tahu buat perkara seperti ini. Kalau jatuh tergilis dengan kereta atau lori macam mana? Allahu Akbar,” ulasnya.

“Maaf adik, aku tidak kasihan dengan kau jatuh motosikal. Aku tergelak terbahak dan sokong abang polis sita terus motosikal kau,” kata Lancer Mamboo. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI