fbpx

Dewan Negara: Bidang jurutera, perniagaan dan matematik paling sedikit terima peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusof bercakap ketika sesi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

KUALA LUMPUR – Tiga bidang melibatkan kejuruteraan, perniagaan dan sains matematik bagi pemegang graduan doktor falsafah (PhD) direkodkan menerima peluang pekerjaan terendah berbanding bidang lain. 

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, mengikut data yang diperoleh, sebanyak 86 graduan dalam tiga bidang berkenaan yang hanya mendapat kerja. 

“Berkenaan bidang yang merekodkan jumlah graduan yang mendapat peluang pekerjaan terendah adalah bidang kejuruteraan pembuatan dan pembinaan iaitu sebanyak 26.5 peratus atau seramai 38 graduan.

“Selain itu, bidang perniagaan, pentadbiran dan perundangan iaitu sebanyak 21 peratus atau 30 graduan manakala bidang sains semulajadi matematik dan statistik iaitu sebanyak 19.6 peratus atau 18 graduan,” katanya pada sesi menjawab lisan di persidangan Dewan Negara ini.  

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyan Senator Wan Martina Wan Yusoff mengenai jumlah statistik graduan PhD di Malaysia dan apakah bidang paling tinggi tidak mendapat peluang pekerjaan. 

Mengulas lanjut, Mohammad Yusof berkata, berdasarkan data sistem kajian pengesahan graduan, seramai 25,014 graduan warganegara direkodkan bagi tempoh 2011 hingga tahun lalu yang mana tahun 2022 mencatatkan sejumlah 2,872 graduan PhD. 

“Kementerian melalui pusat kerjaya institusi Pendidikan Tinggi sentiasa bantu graduan untuk mendapat kerja yang sesuai. Kementerian juga akan mengkaji cadangan dan inisiatif baharu yang boleh dilaksana dalam membantu graduan PhD mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan akademik mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI