fbpx

Pengamal perubatan dakwa Aliah dilarikan lelaki asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliah Qistina yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Maju, Jasin sejak 17 Mac lalu.

MELAKA – Remaja perempuan, Aliah Qistina Budiyanto, 16, yang dilaporkan hilang sejak 17 Mac lalu selepas ditegur ibunya kerana kerap menggunakan telefon bimbit didakwa telah dilarikan lelaki warga asing.

Menurut ibunya, Noor Fatimahtul Zaharah Talib, 40, maklumat itu diberikan pengamal perubatan Islam yang menghulurkan bantuan selepas usaha lain dilakukan untuk menjejaki anaknya masih menemui jalan buntu.

“Terbaharu ada empat pengamal perubatan Islam menawarkan bantuan dan kesemua memberikan maklumat hampir sama yang mana Aliah dipercayai dilarikan seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 20-an ke Johor.

“Namun pihak kami belum mendapat sebarang maklumat atau petunjuk daripada orang awam di Johor yang mungkin ternampak kelibat Aliah,” katanya kepada pemberita.

Jelasnya, dia melakukan pelbagai usaha lain termasuklah menguar-uarkan kehilangan anaknya di aplikasi WhatsApp, TikTok, Facebook selain menampal poster di setiap stesen minyak serta kedai serbaneka di pekan Jasin.

Ujarnya, sehingga kini keluarganya masih meneruskan usaha menjejaki Aliah dan berharap anak sulung daripada dua beradik itu ditemui dalam keadaan selamat.

Terdahulu, Kosmo! kelmarin melaporkan seorang remaja telah hilang dari rumahnya di Taman Maju di sini selepas kejadian ditegur menggunakan telefon bimbit terlalu lama oleh ibunya.

Pelajar Sekolah Menengah Iskandar Shah itu disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira pukul 12 tengah malam dan laporan polis telah dibuat berkaitan kehilangan tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI