fbpx

Hamilton tiada tempat dalam pasukan Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON (kanan) mahu kekal lama pada perlumbaan F1 dengan fokus memberi cabaran kepada Verstappen dalam perebutan gelaran dunia. – AFP

LONDON – Prinsipal pasukan Red Bull Racing, Christian Horner telah menolak idea untuk menandatangani juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton untuk menyertai mereka selepas ini.

Horner menegaskan dia berpuas hati dengan barisan pemandunya ketika ini selepas timbul khabar angin bahawa Hamilton bersedia meninggalkan pasukan Mercedes dan mencari pasukan baharu selepas pasukan yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom tersebut masih gagal menyediakan jentera terbaik.

Mercedes ketika ini memulakan saingan F1 mereka dengan hambar apabila masih gagal berada podium dan menyaksikan Red Bull terus mendominasi perlumbaan mereka dengan kemenangan 1-2 sebanyak dua kali berturut-turut di Grand Prix (GP) Bahrain dan Arab Saudi.

“Apa yang Hamilton capai dalam perlumbaan Formula Satu (F1) tiada tandingannya, tetapi kami sangat gembira dengan pemandu yang kami miliki ketika ini.

“Max Verstappen dan Sergio Perez komited dalam kerja mereka, bukan sahaja untuk musim ini tetapi musim depan juga. Jadi saya tidak dapat melihat di mana kami akan dapat membawa masuk Hamilton.

“Tetapi saya pasti mereka (Mercedes) akan menyelesaikan masalah mereka. Buat masa ini saya gembira dengan kedua-dua pemandu kami,” kata Horner.

Pencapaian kerjaya Hamilton dalam Formula Satu tiada tandingannya kerana pemandu Britain tersebut telah memenangi perlumbaan di 30 negara berbeza dan terikat gelaran dunia tujuh kali bersama Michael Schumacher.

Walaupun terlepas gelaran dunia F1 buat kali kelapan kepada Max Verstappen pada 2021, Hamilton kekal sebagai kuasa dominan dalam sukan itu dan kontraknya bersama Mercedes akan berakhir pada penghujung musim 2023. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI