fbpx

Hakim Danish gegar Litar Portimao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIM DANISH menjulang trofi kemenangan selepas menaiki podium ketiga pada perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli menggegar bumi Portugal apabila menamatkan saingan di kedudukan podium tempat ketiga pada perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal semalam.

Meskipun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup, namun remaja berusia 15 tahun itu menampilkan aksi cukup baik apabila mampu bersaing kelompok hadapan.

Biarpun memulakan saingan di petak kelapan, ia tidak menjadi masalah kepada juara Asia Talent Cup musim lalu tersebut untuk memberi cabaran kepada jaguh-jaguh Eropah lain selepas memberi tentangan cukup hebat dalam memburu kemenangan.

“Syukur Alhamdulilah kerana hari ini sangat sangat gembira kerana ini adalah podium pertama saya di Portimao dan juga kemenangan pertama pada saingan Red Bull Rookies Cup.

“Perlumbaan pada hari ini sangat mencabar kerana banyak persaingan hebat. Setiap pelumba menampilkan perlumbaan laju, namun saya berjaya kawal keadaan untuk mencari ruang untuk memintas bagi memastikan podium menjadi milik saya. 

“Apa pun, terima kasih kepada penaja saya dan juga barisan kru serta semua orang yang memberi sokongan kepada saya hari ini,” katanya semalam.

Perlumbaan tersebut dimenangi pelumba Sepanyol, Angel Piqueras dan tempat kedua menjadi milik Marcos Ruda. Seorang lagi pelumba negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril turut memperagakan tunggangan positif apabila mengakhiri perlumbaan di tempat ke-10 terbaik. 

Hasil keputusan tersebut, Hakim Danish berada di kedudukan keempat keseluruhan dengan mengumpul 27 mata dan Danial Shahril tempat kesembilan dengan 13 mata. Piqueras yang menjuarai dua perlumbaan berturut-turut berada tangga teratas dengan 50 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI