fbpx

Aduan popia dah berbau dijual di bazar ramadan disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar popia basah yang didakwa telah busuk dan rosak tular di laman sosial.

TAMPIN – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tampin akan menyiasat kesahihan aduan mengenai juadah popia basah yang dipercayai sudah berbau dan rosak dijual di Bazar Ramadan Stadium Tampin.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, buat masa ini PKD Tampin masih belum mendapat sebarang aduan tentang keracunan di bazar tersebut.

Bagaimanapun menurutnya, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan menyiasat dan sudah ditugaskan untuk membuat pemantauan di setiap bazar Ramadan.

“Pemeriksaan dan penguatkuasaan bazar ramadhan akan di buat sebanyak dua pusingan di empat bazar di daerah tampin. Bahkan, taklimat juga sudah diberikan kepada pengendali bazar bagi memastikan mereka menyediakan juadah dengan baik.

“Selain itu, sekiranya berlaku kejadian seperti ini, pembeli boleh terus membuat aduan kepada pihak berwajib bagi tindakan sewajarnya,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial setempat sejak semalam aduan seorang pengguna yang terbeli popia yang sudah pun berbau busuk serta tidak sesuai lagi untuk dimakan.

Ujar pengguna media sosial tersebut, dia membeli juadah tersebut dengan harga RM5 bagi empat popia basah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI