fbpx

MotoGP: Alex harap Gresini mampu ubah nasib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEX mahu mengubah nasibnya di MotoGP dengan menjadi pencabar kejuaraan bersama Gresini bermula musim ini. – AFP

PORTIMAO – Pelumba pasukan Gresini Ducati, Alex Marquez mengakui tidak sabar untuk tampil menjadi antara pencabar musim ini menjelang aksi pembuka tirai MotoGP pada saingan Grand Prix (GP) Portugal di Litar Antarabangsa Portimao malam esok.

Sebagai rekod, Alex telah mengambil keputusan untuk berhijrah daripada pasukan LCR Honda dengan menyertai Gre­sini selepas gagal mempamerkan prestasi konsisten apabila hanya menduduki tangga ke-14, 16 dan 17 sepanjang tiga musim lepas.

Kata Alex, selepas mengharungi beberapa siri ujian pramusim yang memuaskan, sekarang adalah masa untuk membuktikan keupayaan sebenar selain berharap dapat mencatat keputusan memuaskan bersama pasukan Gresini.

“Saya sangat bermotivasi untuk mengharungi perlumbaan pembukaan nanti kerana mele­takkan harapan yang cukup tinggi bagi memastikan penyertaan pada musim ini adalah yang terbaik sepanjang karier di MotoGP.

“Secara jujur, saya tidak mahu membandingkan prestasi pada ujian pramusim pada perlumbaan sebenar, tetapi saya yakin dengan potensi jentera yang dibekalkan oleh pasukan, kami mampu mencabar kedudukan teratas,” katanya.

Mengulas lanjut, Alex mahu mengambil inspirasi daripada bekas pelumba Gresini, Enea Bastianini yang berjaya mencipta kejutan menjuarai aksi pembuka tirai di GP Qatar pada saingan musim lepas.

“Bukan perkara yang mudah untuk membuat perbandingan dengan jentera musim lepas ­kerana saya baru sahaja menyertai pasukan ini.

“Namun, saya difahamkan jentera tahun 2023 lebih baik dan sudah tentu membuatkan semangat saya lebih membara,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI