fbpx

Kekalkan tahap kecergasan – Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CORBIN Ong cuba melepasi penjaga gol Turkmenistan, Rasul Charyyev pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menenentang Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon enggan terlalu mendabik dada selepas berjaya menumpaskan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam kelmarin.

Pengendali Korea Selatan itu berkata, anak-anak buahnya perlu meningkatkan corak permainan dan pada masa sama mengekalkan kecergasan memandangkan mereka bakal berdepan lawan jauh le­bih kuat pada masa akan datang.

“Pada perlawanan itu, saya menuntut pemain agar bermain pada tempo tinggi dengan banyak membuat larian, melakukan tekanan dan hantaran pantas. Ia memerlukan disiplin tinggi serta ketahanan mental dan fizikal.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak dapat ikut perancangan ditetapkan ini. Justeru, penting untuk pemain meningkatkan tahap kecergasan bagi memastikan kita mampu bersaing di tahap lebih tinggi.

“Apa pun, saya harap perkara ini dapat diperbaiki. Saya faham saingan Liga Malaysia baru bermula, tambahan pula beraksi pada bulan puasa. Saya harap pasukan Malaysia berada di tahap yang berbeza pada Jun atau September,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Turkmenistan malam tadi, Pan Gon berkata, mereka adalah pasukan yang berbeza ketika berdepan pada aksi Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lalu.

Katanya, skuad Turkmenistan itu dilihat membuat persiapan yang rapi setelah kerap menda­tangkan masalah buat benteng pertahanan Harimau Malaya sepanjang perlawanan itu.

“Ia aksi sukar bagi kami setelah lawan bermain corak permainan fizikal, namun pemain berjaya memberikan tentangan dan mencuri peluang untuk mencipta jaringan di babak pertama.

“Kita juga banyak menjelmakan peluang jaringkan gol, namun kecekapan penjaga gol (Rasul Charyyev) menafikan beberapa peluang keemasan yang dimiliki. Sekiranya kita memperoleh satu lagi gol, ia mungkin menjadi perlawanan yang berbeza,” katanya.

Ditanya mengenai lapan muka baharu yang dipanggil kali ini, katanya, ada antara mereka yang masih belum dapat menyesuaikan diri dengan taktikal diterapkan.

Katanya, pemain itu perlu diberikan masa dan bimbingan supaya mereka mampu menjadi aset berguna kepada skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

“Kita faham apa yang dilalui pemain ini dan akan membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih cepat. Tempoh latihan lima hari tidak mencukupi untuk menilai kemampuan sebenar mereka,” katanya.

Pemain baharu yang membuat penampilan pertama malam tadi ialah Endrick Dos Santos, Paulo Josue, Feroz (Baharuddin), Fa­yadh Zulkifli dan Nooa Laine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI