fbpx

Anwar akhiri lawatan ke Arab Saudi, beberapa perbincangan perniagaan berjaya dicapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar sebelum berlepas pulang ke tanah air

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan lawatan tiga harinya ke Arab Saudi telah berjaya membuahkan beberapa perbincangan terutamanya dalam bidang perniagaan antara kedua-dua negara.

Anwar yang turut diiringi isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau akan kembali ke Arab Saudi bagi meneruskan hubungan baik yang telah terjalin itu.

“Berlepas ke ibu negara bersama Azizah dan delegasi selepas mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi.

“Sebelum berangkat pulang, kerajaan Arab Saudi juga memohon agar saya melanjutkan lawatan ini bagi membolehkan beberapa pertemuan dengan pimpinan lain dilakukan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, namun atas kekangan waktu dan jadual mendatang yang agak padat saya harus pulang ke ibu negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, Anwar telah mengadakan sesi lawatan rasmi buat julung kali ke Arab Saudi selama tiga hari.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan berkenaan dilakukan atas jemputan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohamad Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lawatan sulung beliau ke negara itu setelah menyandang jawatan ketua kerajaan ke-10 pada akhir tahun lalu, mencerminkan hubungan istimewa dengan Arab Saudi selama ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI