fbpx

Aaron digugur hal kerja, kena profesional – Syamsul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL sedia bersemuka dengan Aaron bagi membincangkan kemelut antara mereka berhubung filem The Original Gangster.

KUALA LUMPUR – Pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof menegaskan sedia memenuhi permintaan untuk bersemuka dengan Datuk Aaron Aziz seperti dipinta pelakon itu selepas konflik berhubung pengguguran namanya daripada produksi karya berkenaan.

Katanya, aktor tersebut digugurkan daripada pembikinan filem aksi tersebut kerana berkenaan soal kerja, bukan membabitkan isu peribadi antara mereka.

Malah, Syamsul mengakui bersikap terbuka seandainya permintaan itu dibuat atas urusan mahu berbaik-baik semula atau berkaitan projek filem akan datang.

“Saya boleh saja nak jumpa secara profesional berdua, tiada masalah. Saya pun tunggu dia ajak berjumpa sama ada berbaik-baik semula pun okey.

“Kalau ada projek filem akan datang pun boleh (sebab) Aaron tetap sahabat saya. Masalah ini hanya kerja semata-mata dan kita mesti bersikap profesional,” katanya kepada Kosmo! Online.

Malam tadi, Aaron menerusi Instagram meluahkan kemarahan kerana mendakwa dirinya dianiaya selepas namanya digugurkan pada saat akhir walaupun bermacam pengorbanan dilakukan untuk filem tersebut.

Aktor berusia 47 tahun itu turut terkilan kerana Syamsul enggan berjumpa sedangkan segala permintaannya supaya dia ‘buat badan’ sudah dipenuhi.

Malah, dalam pendedahan berkenaan, Aaron mengatakan sanggup menahan kesakitan menggunakan suntikan steroid untuk mendapatkan tubuh badan sasa dalam tempoh singkat.

Kelmarin, Syamsul mendedahkan keputusan menggugurkan nama Aaron daripada filem The Original Gangster disebabkan masalah kesihatan selain faktor usia dan saiz fizikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI