fbpx

Sama, Alif Satar ada kembar!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF bersama wanita mempunyai wajah miripnya.

BAKAT versatil, merendah diri dan menghargai sokongan peminat membuatkan Alif Satar antara selebriti yang disayangi ramai.

Tidak hairan ketika tular video mengenai seorang remaja perempuan yang memiliki wajah seiras dengannya, penyanyi dan hos popular itu langsung mengadakan pertemuan istimewa.

Sebelum ini menerusi TikTok, seorang pengguna memuat naik video menunjukkan rakannya yang memiliki raut wajah sangat mirip dengan Alif.

Selepas video tersebut tular dan menjadi bualan ramai, penyanyi lagu Seperti Aku itu kemudian berjumpa ‘kembarnya’ dan pertemuan mereka dikongsikan dalam TikTok Alif.

Mereka juga sempat membuat aksi comel sebelum ketawa besar kerana berasa lucu melihat wajah masing-masing yang seiras.

Video dikongsikan Alif membuatkan ramai netizen geli hati kerana pertemuan tersebut membuktikan wajahnya dalam versi ‘bertudung’.

“Dia nampak lebih Alif Satar berbanding saya sendiri,” tulis Alif.

Mizz Lahar sebenarnya mahu berkongsi perkara sebegini untuk menyebarkan aura positif.

Dalam kekalutan arena hiburan berhadapan kes perceraian artis serta gosip lain, kisah Alif mengingatkan kita untuk menyebarkan kasih sayang.

MIZZ LAHAR: Semoga hubungan seorang selebriti dengan ibunya kembali jernih. Air dicincang tidak akan putus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI