fbpx

Lelaki samun kedai serbaneka guna pistol mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA peralatan yang dirampas termasuk pistol mainan yang digunakan seorang lelaki untuk melakukan samun di sekitar Skudai, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang menyamun kedai serbaneka 24 jam di daerah ini dengan menggunakan pistol tiruan, pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Fariz Ammar Abdullah berkata, suspek lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah kawasan perumahan di Tampoi, Isnin lalu.

Beliau berkata, suspek dipercayai menyamun sebuah serbaneka di kawasan Taman Perling dan Skudai yang melarikan pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM700.

“Susulan kejadian tersebut, pasukan khas telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dipercayai suspek dalam dua kejadian samun tersebut di sebuah kawasan perumahan di Tampoi.

“Hasil serbuan, polis berjaya menemui sepucuk pistol tiruan, sebilah parang dan sebuah motosikal yang digunakan ketika melakukan jenayah samun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fariz Ammar berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine serta mendapati lelaki itu mempunyai 14 rekod jenayah, tiga rekod dadah dan satu rekod orang dikehendaki.

“Suspek direman selama enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 manakala kesalahan dadah, suspek disiasat di bawah Seksyen (15)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI