fbpx

Beli rumah PKNS, dapat diskaun produk Samsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahmud (kiri) dan Denny menunjukkan MoU yang ditandatangani kedua-dua pihak di ibu pejabat PKNS di Seksyen 14 hari ini.

SHAH ALAM – Pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini boleh mendapatkan produk jenama Samsung pada harga lebih rendah setelah diskaun istimewa diberikan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas, insentif tersebut diberikan bermula dengan pembeli Projek Arianna, rumah link dua tingkat di Kota Puteri, Rawang.

“Ini merupakan skim perintis antara PKNS dan Samsung. Pembeli boleh membeli produk Samsung seperti televisyen, komputer dan penghawa dingin dengan diskaun istimewa jika membeli rumah dengan kami.

“Mungkin kami akan wujudkan pakej tertentu dengan pembelian rumah supaya pembeli boleh membeli produk tertentu pada harga rendah,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua pihak di ibu pejabat PKNS di Seksyen 14, hari ini.

Mahmud berkata, pada masa depan, pihaknya akan turut bekerjasama dengan Samsung dari aspek teknologi melibatkan projek bangunan bertingkat seperti kondominium.

“Sebagai sebuah syarikat gergasi produk elektrik dan elektronik, Samsung terkenal dengan teknologi bangunan pintar dan kami akan mengadakan kerjasama ke arah itu.

“Kami berbangga kerana syarikat gergasi seperti Samsung berminat untuk bekerjasama, yang membuktikan PKNS juga sebuah syarikat gergasi hartanah dan diiktiraf oleh syarikat bertaraf antarabangsa,” ujarnya.

Sementara itu Presiden Samsung Malaysia Electronics, Denny Kim berkata, kerjasama kedua-dua pihak memberi manfaat kepada pembeli rumah untuk mendiami kediaman baharu dengan teknologi pintar terkini.

Katanya lagi, kolaborasi berkenaan akan memantapkan bidang sektor hartanah dan pemasaran produk baharu oleh Samsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI