fbpx

Sabah catat 160 kes jenayah babitkan pelajar sepanjang tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (empat dari kanan) ketika menghadiri Program 1st Day At School di SMK Petagas hari ini. -Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

PUTATAN – Seramai 160 pelajar di negeri ini ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah bagi tempoh Januari hingga Disember 2022.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, menerusi jumlah berkenaan, seramai 140 pelajar adalah pelajar lelaki manakala selebihnya adalah pelajar perempuan.

“Seramai 55 pelajar ditahan selepas terbabit dalam kes merusuh yang disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Statistik ini sekali gus menunjukkan kesalahan melibatkan pelajar di Sabah masih di tahap membimbangkan.

“Kerjasama tersusun dan sistematik antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta PDRM yang diwujudkan perlu diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada Program 1st Day At School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas hari ini.

Mengulas lanjut, Idris memaklumkan seramai 21 pelajar yang melakukan kesalahan mencederakan dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya, seramai 20 lagi pelajar lelaki ditahan atas kesalahan rogol manakala selebihnya membabitkan kesalahan mencuri iaitu 14 pelajar lelaki dan lima pelajar perempuan.

“Jumlah ini adalah satu angka yang membimbangkan kerana pelajar adalah generasi masa depan yang akan mencorakkan negara umumnya.

“Daripada 160 pelajar yang ditahan, hanya sembilan dibebaskan tanpa syarat selepas selesainya siasatan.

“149 pelajar lagi dibebaskan atas jaminan polis yang berkemungkinan akan dituduh di mahkamah. Manakala dua lagi sudah dituduh di mahkamah atas kesalahan merusuh dan mencuri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI