fbpx

Program Thai Hot Guy di KL batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster acara Thai Hot Guy

KUALA LUMPUR – Program yang akan dihadiri oleh kumpulan ‘Thai Hot Guy’ pada 30 Mac ini dibatalkan sesuai arahan pihak polis ekoran program terbabit dikaitkan dengan aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Arahan pembatalan dibuat susulan program tersebut menimbulkan reaksi yang tidak menyenangkan serta pelbagai kecaman daripada seluruh lapisan masyarakat di negara ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, keputusan membatalkan program itu dimuktamadkan ketika pertemuan dengan penganjur dan pengurusan premis pada pukul 2.30 petang tadi.

“Sehingga pukul 4 petang ini, kita telah menerima sebanyak 60 laporan polis bagi membantah penganjuran program tersebut.

“Pihak polis peka mengenai penganjuran program-program yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashari berkata, pihaknya telah memberikan amaran keras kepada penganjur supaya program tersebut tidak diteruskan dan dibatalkan.

“Pihak penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program berkenaan dan tiada sebarang aktiviti yang tular sebelum ini akan diadakan.

“Pihak polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang,”tegasnya.

Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai supaya tidak menjalankan apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang sehingga menggugat ketenteraman awam.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI