fbpx

Nadma peruntuk RM60 juta bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARMIZAN (kanan) beramah mesra dan menyampaikan bantuan kepada Mariah Abu Yamin (dua dari kiri) yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sri Telok, Parit Yaani, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Empat katagori bantuan boleh dituntut oleh mangsa banjir yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melalui kerajaan negeri serta pejabat daerah.

Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bantuan berjumlah kira-kira RM60 juta itu meliputi wang ihsan kepada setiap isi keluarga bernilai RM1,000 dan wang ihsan kematian bernilai RM10,000 sekiranya berlaku akibat banjir.

“Nadma juga menyediakan bantuan tambahan pembelian barangan keperluan asas sehingga RM2,500 selain baik pulih kecil kerosakan rumah bernilai sehingga RM5,000.

“Bagaimana pun, semua permohonan bantuan itu perlu mendapat perakuan dan pengesahan daripada jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dengan urusetianya adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya selepas lawatan pasca banjir di PPS SK Sri Telok di Parit Yaani dekat sini hari ini.

Menurut Armizan, bagi mangsa-mangsa yang terkesan tetapi tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) boleh membuat laporan kepada ketua-ketua komuniti setempat termasuk pusat khidmat Ahli Parlimen, ADUN sebelum disalurkan kepada pihaknya selepas disahkan oleh pejabat daerah masing-masing.

“Saya difahamkan proses penyerahan bantuan wang ihsan di negeri Johor sudah bermula walaupun keadaan banjir belum pulih sepenuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI