fbpx

Meja, kerusi sekolah di Johor cukup walau banyak rosak akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORLIZA ketika berucap pada sesu penggulungan sempena Persidangan DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Bencana banjir yang melanda Johor sejak 28 Februari lalu telah menyebabkan sejumlah 52 buah sekolah di seluruh negeri ini terjejas, manakala 187 buah sekolah pula telah dijadikan pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norliza Noh berkata, sehingga kini masih terdapat 19 buah sekolah di daerah Batu Pahat yang masih beroperasi sebagai PPS.

Sehubungan itu katanya, bencana banjir tersebut telah menyebabkan berlaku kerosakan khususnya melibatkan peralatan sekolah seperti meja dan kerusi.

“Jumlah kerusi murid setakat ini masih boleh menampung keperluan dengan penyelarasan dibuat antara Pejabat Pendidikan Daerah Johor.

“Namun demikian, kerusi dan meja guru yang rosak telah berada dalam tindakan Sektor Infrastruktur dan Perolehan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor bertujuan untuk mengguna peruntukan sedia ada bagi membuat perolehan penggantian aset buat sekolah terkesan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Norlizah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama turut memberitahu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi kelonggaran kepada murid dan pelajar sekolah yang terjejas akibat banjir kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI