fbpx

Guru lelaki temui ajal depan klinik kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mun Hock disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

MELAKA – Perjalanan seorang guru lelaki untuk mengajar di sebuah sekolah menengah di sini berakhir tragedi apabila dia maut dalam nahas di hadapan Klinik Kesihatan Seri Tanjung, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Goh Mun Hock, 59, yang merupakan guru di Sekolah Menengah Seri Tanjung disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kemalangan mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Bandar Melaka ke sekolah berkenaan.

“Sampai di lokasi, tiba-tiba kereta dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke arah kiri jalan dan merempuh tembok Klinik Kesihatan Seri Tanjung.

“Akibat nahas itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mun Hock.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati nahas berlaku di kawasan dua lorong dan cuaca dalam keadaan baik.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

“Setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI