fbpx

Sukan SEA: Sasaran skuad olahraga dinilai semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASIR (dua dari kanan) mengakui ketiadaan Azeem menyebabkan sasaran 10 emas skuad olahraga di Sukan SEA Kemboja akan dinilai semula.

KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd. Nasir Ali sedia untuk berbincang dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bagi menilai semula sasaran 10 pingat emas yang diletakkan.

Walaupun mengakui sasaran itu relevan, namun beliau menjelaskan, ia wajar dinilai semula memandangkan Malaysia tidak dapat menggunakan khidmat pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi pada temasya sukan dwitahunan tersebut.

Justeru, Mohd. Nasir juga akan bekerjasama dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) kerana meng­anggap dua entiti berkenaan le­bih arif berhubung kemampuan setiap atlet.

“Kita akan adakan satu mesyua­rat nanti dan tengok semula sasaran 10 emas yang ditetapkan sebelum ini. Kita akan jumpa sekali dengan persatuan dan dapatkan semula sasaran di Kemboja, mungkin dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

“Ia perlu dinilai semula kerana sebelum ini ia (sasaran) dibuat melibatkan Azeem. Bukan kata ia tidak relevan, 10 pingat emas itu relevan, tetapi kita hanya mahu lihat semula,” katanya ketika me­lakukan lawatan ke latihan skuad lari berhalangan di Subang Jaya semalam.

Sebelum ini, Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim meletakkan sasaran 10 pingat emas untuk skuad olahraga kebangsaan selepas beliau mengambil kira pencapaian serta prestasi semasa setiap atlet.

Untuk rekod, pencapaian skuad olahraga kebangsaan pada Sukan SEA Vietnam tahun lalu dianggap mengecewakan meskipun berjaya mencapai sasaran dengan membawa pulang lima pingat emas.

Sementara itu, Mohd, Nasir turut memberitahu, sukan-sukan lain juga akan dibuat penilaian semula sebelum sasaran keseluruhan ditetapkan bersama MSN serta Jawatankuasa Pemilihan nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI