fbpx

Jalan Raya Timur-Barat: Perak terkilan jawapan Kementerian Kerja Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (empat dari kanan) bergambar selepas merasmikan KKT Perak 2023 di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri Perak terkilan susulan dakwaan Kementerian Kerja Raya bahawa tiada permohanan dikemukakan bagi menaik taraf Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik dengan Jeli, Kelantan baru-baru ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, permohonan tersebut telah dikemukakan tahun lalu dan Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk Seri Fadillah Yusof turut turun padang melihat keadaan jalan berkenaan.

Menurut Saarani, jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad di Parlimen tidak wajar sekali gus bersifat tidak adil kepada kerajaan negeri bahawa kementerian itu tidak menerima sebarang permohonan menaik taraf laluan tersebut.

“Katanya kerajaan negeri tidak memohon. Jadi orang ramai melihat macam kerajaan negeri tak bertanggungjawab, kerajaan negeri tak prihatin, kerajaan negeri tak buat kerja.

“Tak adil untuk kerajaan negeri sebab kita dah buat kerja kita dah sebelum itu. Orang beranggapan apa yang dia jawab itu betul, jadi di peringkat kerajaan negeri kita rasa sangat terkilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Kerajaan Tempatan Perak Darul Ridzuan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Saarani berkata, permohonan peruntukan bagi tujuan naik taraf jalan tersebut bernilai RM80 juta memandangkan laluan tersebut merupakan Jalan Persekutuan yang sepatutnya diambil maklum oleh kementerian menerusi laporan Jabatan Kerja Raya Perak.

“Bukan itu sahaja, permohonan sama turut dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan sebelum pembentangan belanjawan Februari lalu.

“Jadi kalau kata tak boleh lulus, cakap sahaja tak boleh lulus. Jangan kata kerajaan negeri tak buat kerja, Itu yang kita tak setuju. Kita faham ada kekangan peruntukan kerajaan Persekutuan, tapi cara memberi jawapan itu yang kita tak setuju,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI