fbpx

Anak lumpuh perlu RM1,000 untuk keperluan harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmak tabah menjaga Nik Muhammad Faizul yang lumpuh ketika ditemui di Kampung Machang, Ajil, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Hati ibu mana yang tidak pilu melihat anak yang dilahirkan sempurna berubah sekelip mata menjadi orang kelainan upaya (OKU) setelah terjatuh ke dalam tali air pada Jun 2014.

Asmak Pik, 37, berkata, anak keduanya, Nik Muhammad Faizul Izwan Nik Abdullah, 13, kini ha­nya mampu terbaring di atas katil.

“Pada waktu itu, dia yang berusia tiga tahun terjatuh ke dalam tali air sewaktu bermain bersama dua sepupunya.

“Sewaktu ditemui, muka dan badannya kebiruan. Dia yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke hospital,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Machang, Ajil di sini semalam.

Asmak berkata, Nik Muhammad Faizul Izwan menerima rawatan lebih sebulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan disahkan lumpuh seumur hidup.

Tambahnya, dia kini mememerlukan wang RM1,000 sebulan bagi memenuhi keperluan Nik Muhammad Faizul Izwan seperti lampin pakai buang, susu khas dan perubatan.

Dia mengakui, agak sukar untuk menyediakan wang sebanyak itu memandangkan suaminya bekerja sebagai petani de­ngan pendapatan tidak seberapa.

“Apatah lagi kami ada dua anak lain berusia lapan dan 16 tahun yang bersekolah,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank bersama Nik Abdullah Mahmood dan Nik Muhammad Faizul Izwan, 11500-29-00027946-3 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubungi Asmak di talian 013-965 6701.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI