fbpx

Ibu, bapa tiri durjana eksploitasi seks anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol berucap pada sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 peringkat negeri di IPD Seberang Perai Tengah hari ini.

SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks oleh ibu kandung dan bapa tirinya Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu diselamatkan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Desa Wawasan, Jalan Tembikai 2, di sini menerusi Op Pintas.

Menurut beliau, ibu dan bapa tiri mangsa telahpun diberkas dan disiasat di bawah Seksyen 14 Atipsom 2007.

“Kedua-dua suspek telah dituduh di bawah Seksyen 14 Atipsom 2007 dan Seksyen 15 Atipsom yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) hari ini.

Beritahu Fisol, operasi menyelamatkan wanita OKU pembelajaran itu merupakan antara kejayaan kontinjen polis Pulau Pinang bagi suku tahun ini sejak Januari lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, ujar beliau, pihaknya turut berjaya menahan seramai 16 lelaki dan empat wanita warga asing yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini menerusi jalan tidak sah.

Jelasnya, kesemua warga asing berusia antara 15 hingga 36 tahun itu ditahan ketika serbuan di Jalan Samagagah, Mak Mandin di sini menerusi Op Pintas pada 5 Januari lalu.

Secara keseluruhan juga, beliau memberitahu, polis kontinjen Pulau Pinang mencatat penurunan kadar jenayah indeks sebanyak 413 kes atau 44.1 peratus bermula Januari hingga Mac tahun ini.

Katanya, ini berdasarkan kiraan nilai ambang bagi tempoh 1 Januari hingga 28 Februari lalu iaitu sebanyak 937 kes berbanding pencapaian hanya 524 kes.

“Sepanjang tempoh sama juga, sebanyak 1,347 kertas siasatan telah dibuka dan sejumlah 733 kertas siasatan telah berjaya dituduh di mahkamah menunjukkan peningkatan pertuduhan sebanyak 100 kes atau 15.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI