fbpx

Dewan Rakyat: Dasar tidak mengeksport RE masih diguna pakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mengguna pakai dasar untuk tidak mengeksport tenaga diperbaharui (RE), namun penelitian terhadap perkara tersebut sedang dilakukan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, hal ini berikutan wujud beberapa permintaan daripada kerajaan negeri termasuk Sarawak.

“Apabila bercakap mengenai dasar ini, buat masa ini dasar sedia ada adalah tidak ada eksport RE dan ia masih terpakai. Kerajaan cuma meneliti sebab ada permintaan contohnya Sarawak nak eksport RE.

“Justeru kita kena lihat kerangka keseluruhan. Baru-baru ini kita juga sedia maklum negara Kemboja dan Indonesia ada menandatangani sama ada perjanjian persefahaman dengan Singapura untuk eskport RE,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Soalan tambahan diberikan kepada beliau oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang mahu mendapatkan penjelasan berhubung sama ada dasar tidak mengeksport RE akan diubah sedangkan ia banyak membantu kemasukan industri apabila tidak dieksport keluar.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, jika eksport industri RE dibenarkan, ia bukan mengenai jumlah yang terhad, tetapi membolehkan negara mempertingkatkan kemahiran kapasiti tenaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI