fbpx

Ahli bina badan terpendek dunia kahwini wanita tinggi setara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pratik (kiri) berkahwin dengan Jayaa pada 13 Mac lalu di India. - Cover Asia Press

NEW DELHI – Seorang ahli bina badan terpendek di dunia yang berketinggian 102 sentimeter (sm) melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya yang mempunyai ukuran tinggi 127 sm pada 13 Mac lalu, lapor portal berita MailOnline.

Pratik Vittal Mohite, 28, dikenali di seluruh dunia dan diiktiraf oleh Guinness Book of Records sebagai ahli bina badan berdaya saing terpendek di dunia. Dia telah bertanding dalam lebih 50 pertandingan dan kini bekerja sebagai jurulatih peribadi.

Dia yang berasal dari negeri Maharashtra, India dilahirkan dengan keadaan kelainan upaya dan bergelut sepanjang hidup untuk menyesuaikan dirinya. Lelaki itu pada mulanya berasa ragu-ragu sekiranya dapat mencari seseorang untuk berkongsi kehidupan dengannya.

Pada empat tahun lalu, Pratik bertemu dengan Jayaa, 22, selepas keluarga mereka mencari calon yang sepadan dengan saiz ketinggian masing-masing untuk dikahwinkan namun, dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga ketika itu.

Bagaimanapun, pada bulan Disember tahun lalu, Pratik merasakan dia sudah bersedia untuk berkahwin, menyebabkan ibu bapanya mengatur satu pertemuan antaranya dengan Jayaa. 

Kedua-dua mereka mula menghantar pesanan ringkas setiap hari sehingga akhirnya bersetuju untuk mengikat tali pertunangan.

“Saya tahu Jayaa adalah orangnya. Bukan sahaja ketinggian dia hampir sama dengan saya, kami banyak ketawa dan mempunyai selera humor yang sama,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 13 Mac lalu dengan disertai oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Pratik, yang mempunyai lebih 200,000 pengikut di laman Instagram termasuk penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Snoop Dogg sering didekati oleh jenama-jenama besar bagi menjalin kerjasama dan tajaan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI