fbpx
ROSLINDA membersihkan rumahnya selepas14 hari berada di PPS di Kampung Seri Gading, Batu Pahat semalam.

Banjir: Penduduk bersih rumah, tiada persiapan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT – Penduduk di Kampung Seri Ga­ding di sini lebih menumpukan usaha untuk membersihkan rumah selepas banjir, berbanding membuat persiapan untuk anak-anak memulakan sesi persekolahan hari ini.

Seorang penduduk, Roslinda Jaafar, 45, berkata, keluarganya dibenarkan pulang ke rumah semalam selepas 14 hari berada di pusat penempatan sementara (PPS), bertungkus-lumus membersihkan kediaman.

Katanya, kelonggaran yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) supaya murid menggunakan pakaian kokurikulum atau baju sukan sepanjang ­minggu pertama persekolahan membuatkan keluarganya tidak perlu terburu-buru untuk menyediakan apa yang diperlukan anak-anaknya.

“Tiada sesi pembelajaran dalam seminggu ini juga membantu semua mangsa untuk tidak tergesa-gesa membeli ke­perluan pembelajaran anak-anak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, dia bersyukur kerana dua anaknya yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading akur untuk menggunakan pakaian lama walaupun terpaksa di­bersihkan semula selepas terendam dalam air banjir. -KOSMO! ONLINE

POPULAR